Want your
own Fotopage?








 
Orkid World

By: artis kita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Feb-2008 04:57 Email | Share | Bookmark
Erra Fazira & Engku Emran bulan madu di empat kota

 
 
Quote:
Erra & Emran bulan madu di empat kota

Oleh WANDA IDRIS


BULAN madu, detik paling indah alam perkahwinan yang dilayari oleh setiap pasangan suami isteri. Sudah pasti, hari-hari yang dilalui pada pelayaran bulan madu itu tiada yang tidak indah melainkan yang molek-molek belaka.

Begitulah juga dengan pasangan Erra Fazira dan Engku Emran yang memilih empat kota pelancongan sebagai destinasi meraikan bulan madu mereka.

Kota ternama dan menjadi sebutan pelancong; Paris, Nice, Cannes di Perancis dan Monte Carlo di Monaco seakan meraikan pasangan dua sejoli ini.



“Tiada yang buruk melainkan pengalaman manis-manis belaka,” kata Erra dalam senyum manisnya.

“Yang pasti, walaupun duduk di sana hampir dua minggu, saya tetap makan makanan Melayu. Saya tetap bawa cili padi, serunding dan sambal ikan bilis,” cerita Erra dalam tawanya yang memanjang.

Menurut Erra, dia berada di Paris selama lima hari sebelum mengunjungi Nice, Cannes dan kemudian ke Monte Carlo.

Oleh kerana sudah pernah mengunjungi Paris, keterujaan Erra lebih kepada Nice, Cannes dan Monte Carlo yang dianggapnya menjadi detik paling indah bersama Emran.

Ini kerana dia dan suami yang dinikahinya pada 25 Oktober lalu menikmati pengalaman berbulan madu paling menyeronokkan. Tidak sahaja kerana dikelilingi pemandangan indah tetapi juga percutian yang penuh mencabar.

“Di Nice, kami menyewa banglo di atas bukit. Saya ini sebenarnya bukan kaki pemandangan. Saya kaki shopping. Tapi pengalaman di Nice, Cannes dan Monte Carlo memang membuatkan saya teruja.
Quote:

[size=12]
Seminggu selepas pulang berbulan madu, Erra turut dikejutkan dengan majlis hari jadi berkonsepkan sarapan pagi yang diadakan oleh teman rapatnya. Dan yang pasti, Erra menerima hadiah paling istimewa berupa sebuah beg pinggang (pouch) berjenama Louis Vuitton pemberian suami tersayang.

"Dia memang teringin sangat benda tu dan hendak beli sendiri. Tapi saya tak bagi dia beli kerana saya sendiri ingin membelikannya ia sebagai hadiah hari jadi," kata Emran yang sedari tadi asyik memerhatikan isterinya ditemubual media.


Quote:
Ditanya apakah hadiah yang diberi Erra untuk dirinya, Emran enggan menjawabnya kerana sudah berjanji untuk tidak mendedahkannya. Namun kalah dengan pujukan wartawan, dia hanya memuncungkan mulutnya ke arah meja di mana hadiah itu diletakkan - sebuah telefon bimbit berjenama Nokia E90.


“Malah ini juga menjadi antara bulan madu penuh mencabar kerana di Nice kami menyewa kereta dan pusing-pusing kota. Kami juga berkereta ke Cannes dan Monte Carlo.

“Yang seronoknya, kami main redah sahaja. Pusing sana, masuk sini, terlajak sampai kami panggil teksi untuk membantu menunjukkan jalan pergi ke bandar-bandar itu.

“Tapi itu menjadi antara pengalaman paling menyeronokkan buat kami berdua,” kata Erra sambil memberitahu bahawa Emran yang mengatur dan merencanakan percutian bulan madu mereka itu.

“Saya ikut sahaja,” kata Erra yang mengunjungi destinasi tarikan dunia itu pada 20 Januari hingga 2 Februari lalu.


CERIA: ERRA mengabadikan kenangan di depan Menara Eiffle. Gambar kanan pula, Erra bersama Emran bergaya sakan dengan beg pinggang Louis Vuitton.

Semasa di Paris, kata Erra, selain mengunjungi tempat menarik serta butik ternama, dia memperoleh satu pengalaman baru apabila berkesempatan menghadiri pelancaran sebuah pertunjukan fesyen daripada jenama Zelucci by Maurizio Galante.

Zelucci merupakan sebuah jenama yang diasaskan dan dimiliki oleh orang Malaysia dengan rekaan pakaian dan beg tangan daripada pereka Itali, Galante. Telah mengenali jenama itu sejak beberapa tahun lalu, Erra bertuah kerana turut berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan Galante.

“Ini julung kalinya saya menghadiri pertunjukan fesyen di kota fesyen ini. Sebenarnya saya menerima jemputan untuk menghadiri pelancaran koleksi terkini beg tangan dan himpunan couture Zelucci oleh Maurizio Galante.

“Malah pihaknya akan mengirimkan beg tangan koleksi terbarunya kepada saya untuk dipakai sebagai mewakili artis Malaysia,” cerita Erra lagi.

Selain menyaksikan pertunjukan fesyen, Erra dan Emran juga tidak melepaskan peluang menghadiri pameran fesyen di ibu kota Perancis itu yang diadakan dua kali setahun.

Berkesempatan bertemu dengan beberapa pereka daripada beberapa jenama terkenal dunia di kota fesyen itu juga telah membuatkan Erra berminat untuk berkecimpung dalam bidang ini sementelah dia sendiri amat menggemari dunia fesyen.


Mengunjungi tempat menarik antaranya menara terkenal Eiffel Tower, kata Erra, dia dan Emran juga tidak melepaskan peluang mengunjungi hampir setiap butik terkemuka dunia yang ada di kota Paris.

Malah pasangan yang terkenal dengan hobi lasak menunggang motosikal berkuasa tinggi itu juga sanggup mencari butik Harley Davidson untuk mendapatkan beberapa koleksi terkininya.

“Emran yang nak sangat ke butik itu tapi saya pula yang memborong di sana. Harganya mahal sungguh. Tapi memikirkan di Malaysia tiada butik dan koleksinya, kami tutup mata juga membeli beberapa pakaian dan aksesori.

“Tapi yang seronoknya, kalau kata saya yang kuat membeli-belah, Emran pun sebenarnya tak kalah tau. Dia tu boleh tahan juga rupa-rupanya membeli-belah.

“Cuma yang tak laratnya, gayanya lain. Kalau kita perempuan, suka sesuatu benda, terus ambil.

“Dia pula lain. Dia suka, tapi dia tak beli. Dah keluar dari butik dan berjalan-jalan tempat lain, eh! tiba-tiba dia nak yang tu juga.

“Kalau sebatu dah berjalan pun dia sanggup pusing balik untuk dapatkan barang yang dia hendak. Kalau tak, nanti dia akan teringat-ingatlah,” kata Erra menceritakan gelagat suaminya.

Seminggu selepas pulang berbulan madu, teman baiknya Umie Aida telah mengadakan satu majlis kejutan buat Erra sempena sambutan hari lahirnya pada 9 Februari lalu.

Sambutannya diadakan pada awal pagi Sabtu lalu di kediaman Erra dan beberapa teman turut menghadirinya antaranya Zahida Rafik, Vanidah Imran, Deeja Moss, Habsah Hassan dan Rubiah Suparman.

“Ia kejutan paling menyeronokkan bagi saya. Tak pernah dibuat orang kejutan hari lahir pagi-pagi hari,” katanya.

Hadiah daripada suami? Walaupun tidak mahu memberitahu tentang hadiah yang diterimanya, namun kata Erra, ia dibeli sewaktu di Paris.

“Dan dia terpaksa bagi in-advance kerana saya dah tahu dia beli hadiah untuk saya. Bila dah tahu, tentulah saya tak sabar nak tahu apa hadiahnya kan. Nak tak nak terpaksalah bagi,” katanya sambil ketawa.[/size]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net