Want your
own Fotopage?







 
Orkid World

By: artis kita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Nov-2007 01:25 Email | Share | Bookmark
Yanie Mentor & Irfin diijabkabul

 
 
 
Quote:
Oleh Mohd Azrone Sarabatin

KOTA KINABALU: Pemenang tempat ketiga musim pertama rancangan realiti Mentor terbitan TV3, Sitti Surianie Jul Karim atau lebih dikenali sebagai Yanie, diijabkabulkan dengan Irfin Abdul Manan di Pejabat Jabatan Pentadbiran Syariah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) di sini, semalam.



Dengan sekali lafaz, Yanie, 22, sah menjadi isteri Irfin, 27, yang bertugas sebagai pegawai Jabatan Imigresen di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sabah di sini dengan mas kahwin RM200.

Pernikahan disempurnakan Penolong Pengarah (Bahagian Perunding Keluarga) Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Imran Anggun, jam 3.30 petang.

Yanie berwalikan bapanya, Jul Karim Maring, 46, dan disaksikan dua bapa saudara pengantin perempuan, Basirin Milin, 48, dan Zain Ali, 48.

Hadir sama, ibu Yanie, Seriah Osman, 40, dan ibu bapa Irfin, Abdul Manan Mohd Noor, 54 dan Manisah Abdullah, 49.

Majlis persandingan akan diadakan di Dewan Saadah Wisma Muis, Rabu ini, jam 8 malam.

Terdahulu, pasangan yang sedondon memakai persalinan ungu, tiba di Pejabat Jabatan Pentadbiran Syariah jam 3 petang dengan diiringi 20 ahli keluarga terdekat.

Yanie yang ditemui selepas majlis itu berkata, mereka berkenalan tiga tahun lalu dan bercinta setahun sebelum beliau bergelar artis.

"Kami diperkenalkan oleh seorang rakan... syukurlah hubungan kami berakhir dengan perkahwinan.

"Irfin menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya sebagai artis yang sering berjauhan dengan orang tersayang.

"Saya kini bergelar isteri dan mahu mengecap kebahagiaan bersama suami," katanya.

Irfin pula mengakui bersedia menempuh kehidupan penuh cabaran apabila memilih artis sebagai teman hidup dan secara berjenaka menyebut mahu ‘empat atau lima anak.’


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net