Want your
own Fotopage?








 
Orkid World

By: artis kita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Dec-2006 06:06 Email | Share | Bookmark
SERI PENGANTIN: Linda Rafar & Syed Aiman

 
 
 
Linda Rafar & Syed Aiman

SAYU: Linda di samping Syed Aiman sebaik saja mereka sah bergelar suami isteri.
Upacara akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pagi 2 Disember 2006.




Perkahwinan ini adalah yang kedua bagi Linda dan Syed Kamarulzaman, atau lebih dikenali sebagai Syed Aiman dalam dunia lakonan. Justeru, Linda dan Syed mengharapkan kebahagiaan mereka berkekalan ke akhir hayat. Hasil perkahwinan pertamanya ketika berusia 24 tahun, Syed dikurniakan seorang anak perempuan berusia 6 tahun.

“Selepas dikurniakan dua anak lelaki, Linda teringin sekali mempunyai anak perempuan,” katanya apabila ditanya mengenai perancangan masa depan. Begitupun, kedua-duanya memberitahu, buat waktu ini mereka tidak terburu-buru untuk menambah anggota keluarga. Sebaliknya, kekukuhan ekonomi keluarga serta kekukuhan karier terlebih dulu perlu dijaga, kata mereka.


INFO: Hantaran Linda, Syed Aiman


PIHAK pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan yang terdiri daripada sebentuk cincin dan rantai LR dari Habib, beg tangan dan kasut Versace, set alat solek MAC, minyak wangi Dior, jam tangan Claude Bernard, manisan dan sirih junjung. Linda turut menerima wang hantaran berjumlah RM11,111.11 dan mas kahwin RM111.


PENGANTIN perempuan menyerahkan sembilan dulang untuk pengantin lelaki, terdiri daripada sebuah al-Quran, kemeja lengan panjang Versace, jam tangan Cerutti, set minyak wangi Armani Black Code, kamera digital Olympus, kasut Renoma, tepak sirih, bunga rampai dan biskut.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net