|
|
| Wednesday, 12-Mar-2008 04:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cincin Mawi & Ikin sama????
|
|
| Quote: | DEDAH CINTA PADA 30 March 2008 -
Jika ditanya bilakah Mawi mula jatuh cinta dengan Ekin, "Saya sendiri tak sedar bilakah perasaan itu timbul namun terus terang saya katakan sikap 'gila-gila' Ekin begitu menyenangi hati saya.
Walaupun kami dikatakan bercinta namun dari segi pergaulan kami masih membahasakan diri masing-masing "saya" dan "awak" atau "I dan You"."
Ditebak kenapa sebelum ini Mawi lebih senang membisu dan mengatakan "no komen" apabila media bertanyakan tentang perhubungannya dengan kekasih hati. Sehinggalah sampai ke hari Anugerah Bintang Popular 2007 (ABP 2007) di Genting Highlands pada 30 Mac lalu barulah beliau bersedia mengakuinya lantas membuatkan sesetengah pihak berasa marah atau pintas mengatakan beliau menipu dan sebagainya.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya umumkan tentang hal itu semasa sebelum berlangsung ABP kerana sudah jelas Ekin bersama-sama dengan saya ketika itu.
"Lagipun saya tidak mahu dikatakan hipokrit dan penipu.
"Tentang kemungkinan populariti saya akan menurun atau tidak selepas ini, saya ingin mengatakan bahawa saya tidak pernah rasa popular pun. Saya juga tak boleh berbuat apa-apa sekiranya peminat tidak suka hubungan saya dengan Ekin," beritahu pemenang Bintang Paling Popular ABP 2007 ini.
Apabila ditanya tentang pandangan keluarga Mawi apabila mengetahui hubungan istimewa beliau dan Ekin, kata Mawi, "Mereka cakap ok sahaja." |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Mar-2008 04:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Datuk Siti Nurhaliza semakin ANGGUN...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Mar-2008 08:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti layak jadi YB?
|
|
| Quote: |
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
DEMAM pilihan raya semakin meriah apabila ada sebilangan artis turut ‘turun padang’ sanggup ‘berpeluh ketiak’ membantu calon masing-masing sepanjang tempoh berkempen.
Pengaruh artis terhadap masyarakat sememangnya cukup besar. Bukan hanya menjadi contoh atau ‘role model’, artis tidak terkecuali terbabit dalam aktiviti pilihan raya ke-12 yang kini kian rancak.
Justeru, tiada yang pelik kelibat artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datin Normala Shamsudin, Betty Banafe, Herman Tino, AR Badul, Norman Abdul Halim, Ani Mahyuni, Latiff Ibrahim dan Camelia berganding bahu membantu kempen pilihan raya kali ini, yang secara tidak langsung dilihat dapat mendekatkan lagi interaksi peminat bersama artis dan calon wakil rakyat itu sendiri.
Di sebalik kemeriahan ini, timbul persoalan apakah mungkin suatu hari kelak, masyarakat di negara ini akan melihat hadirnya artis kita yang dipilih sebagai wakil rakyat ?
Ia bukan mustahil jika benar ada di kalangan artis kita yang mempunyai karisma serta ciri kepemimpinan yang berani bersuara serta sanggup memikul tanggungjawab membela nasib rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad, Norman Abdul Halim, berkata artis yang bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat seharusnya memahami apa yang mahu diperjuangkan dalam kancah politik.
“Artis menjadi wakil rakyat satu cadangan yang bagus. Agak sukar sebenarnya artis untuk memegang sesuatu jawatan penting dalam kerajaan tetapi jika seseorang artis itu mempunyai ilmu pengetahuan dan daya kepemimpinan yang tinggi, tidak salah rasanya artis boleh diangkat sebagai wakil rakyat.
“Saya melihat artis tempatan masih dipandang rendah oleh masyarakat kerana sering kali artis dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin. Saya berasakan Siti Nurhaliza antara calon yang sesuai kerana jauh lebih matang berbanding usianya,” katanya.
Bagi penyanyi rock, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search berkata calon artis itu perlu berfikiran luas, tahu apa yang ingin diperjuangkan dan tidak hanya mementingkan status ahli politik.
“Calon artis itu perlu bijak dalam mengetahui masalah masyarakat sekeliling dan sekiranya mempunyai latar akademik yang cemerlang ia dianggap satu bonus untuk artis itu sendiri.
“Artis menjadi wakil rakyat, dilihat satu platform terbaik bagi membangunkan profil artis dalam arena politik. Peluang ini akan membawa pelbagai kelebihan pada artis, dan siapa tahu pengaruh yang ada dalam politik mampu menyatukan persatuan artis sedia ada itu,” katanya.
Melalui kolum JarumEmas Ahad lalu, dipersoalkan sesudah 12 kali pilihan raya umum, ramai menanti bilakah akan ada wakil rakyat di kalangan artis? Sejarah baru dalam arena politik tanah air akan tercipta jika tersenarai calon wakil rakyat dipilih daripada kelompok artis.
Berpaling ke negara luar, bukan asing artis menjadi ahli politik seterusnya diberi kepercayaan menjadi presiden, umpamanya aktor terkenal Hollywood, Ronald Reagan menjadi Presiden Amerika Syarikat; aktor Filipina, Joseph Estrada (Presiden Filipina) dan aktor tersohor filem
Tamil, MG Ramachandran atau MGR selaku Ketua Menteri Tamil Nadu satu ketika dulu.
Pelakon jelita Maya Karin turut menyokong hasrat artis menjadi wakil rakyat berdasarkan populariti artis yang lebih dekat di hati masyarakat apatah lagi peminatnya sendiri.
Sungguhpun soal populariti seseorang artis boleh dijadikan faktor pemilihan calon yang sesuai tetapi pelakon filem terbaru Duyung ini mahu soal karakter pemimpin perlu lebih diutamakan.
“Populariti bukan satu jaminan meraih undi, sebaliknya artis yang dipilih ini harus mengambil peluang ini untuk memperjuangkan nasib orang ramai dan persada seni tanah air sendiri,” ujarnya.
Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid berkata wakil rakyat artis mempunyai impak besar dalam merubah masa depan nasib artis itu sendiri.
“Calon artis sebagai wakil rakyat seharusnya memahami dan meneliti kehendak dua kelompok iaitu artis dan masyarakat sebaik-baiknya. Tidak mustahil pengaruh artis itu boleh membawa impak besar dalam politik sebagaimana populariti hebat yang dikecapinya dalam persada seni tanah seni tanah air.
“Wakil rakyat artis itu mewakili suara orang ramai dan perjuangan yang dibawa adalah suatu yang lebih serius. Harapan saya calon itu kelak terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam pelbagai aspek dan kerja yang dilakukan mestilah lebih sempurna,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Mar-2008 11:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gaya Datuk/Datin Seri Siti Nurhaliza..
|
|
from Sensasi Selebriti - Budiey- thanks
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Mar-2008 09:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Diana Danielle & Shamsul Datuk Yusuf
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Mar-2008 09:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rina - Prelude Akademi Fantasia 3 (AF3)
|
|
| Quote: | Rina bangkit dengan album
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
WAJAH jelita Hazrina Illyas atau Rina, 24, pernah ditatap khalayak seluruh Malaysia sewaktu dia menyertai Prelude Akademi Fantasia 3 (AF3) hampir tiga tahun lalu.
Tidak terpilih menyertai AF3 bukan bermakna dia gagal atau tidak layak bergelar penyanyi, barangkali cuma tuah sahaja enggan menyebelahinya.
Sekali kecundang tidak menjadi pengakhiran selama-lamanya buat Rina. Enggan mengalah dan berputus harap, dia terus bangkit demi mencapai cita-citanya bergelar penyanyi.
Tiga tahun berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang perkhabaran tentang Rina kerana dia lebih senang pulang ke tempat asalnya di Manjung, Perak untuk menguruskan perniagaan keluarga.
Kesibukan menyandang jawatan ahli perniagaan bagaimanapun tidak menjadi penghalang apabila Rina sempat meluangkan waktu yang tersisa demi mengumpulkan material untuk album sulungnya.
Rasa cinta cukup mendalam terhadap bidang seni, lalu tidak hairanlah Rina sanggup mengeluarkan bajet sendiri untuk merealisasikan projek itu.
Dengan peruntukan kira-kira RM60,000 tidak termasuk promosi, maka lahirlah naskhah sulung Rina yang mempertaruhkan konsep pop komersial sejak dua bulan lalu.
"Terus-terang, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk punyai album sendiri.
"Walaupun tidak tersenarai dalam kelompok AF3, tapi ia menjadi platform untuk saya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi," katanya gembira.
 |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-Feb-2008 09:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cantiknya... Rozita Che Wan...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-Feb-2008 04:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FILEM ANAK - Saksikan di pawagam berdekatan anda!!!!
|
|

|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Feb-2008 04:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Erra Fazira & Engku Emran bulan madu di empat kota
|
|
| Quote: | Erra & Emran bulan madu di empat kota
Oleh WANDA IDRIS
BULAN madu, detik paling indah alam perkahwinan yang dilayari oleh setiap pasangan suami isteri. Sudah pasti, hari-hari yang dilalui pada pelayaran bulan madu itu tiada yang tidak indah melainkan yang molek-molek belaka.
Begitulah juga dengan pasangan Erra Fazira dan Engku Emran yang memilih empat kota pelancongan sebagai destinasi meraikan bulan madu mereka.
Kota ternama dan menjadi sebutan pelancong; Paris, Nice, Cannes di Perancis dan Monte Carlo di Monaco seakan meraikan pasangan dua sejoli ini.
“Tiada yang buruk melainkan pengalaman manis-manis belaka,” kata Erra dalam senyum manisnya.
“Yang pasti, walaupun duduk di sana hampir dua minggu, saya tetap makan makanan Melayu. Saya tetap bawa cili padi, serunding dan sambal ikan bilis,” cerita Erra dalam tawanya yang memanjang.
Menurut Erra, dia berada di Paris selama lima hari sebelum mengunjungi Nice, Cannes dan kemudian ke Monte Carlo.
Oleh kerana sudah pernah mengunjungi Paris, keterujaan Erra lebih kepada Nice, Cannes dan Monte Carlo yang dianggapnya menjadi detik paling indah bersama Emran.
Ini kerana dia dan suami yang dinikahinya pada 25 Oktober lalu menikmati pengalaman berbulan madu paling menyeronokkan. Tidak sahaja kerana dikelilingi pemandangan indah tetapi juga percutian yang penuh mencabar.
“Di Nice, kami menyewa banglo di atas bukit. Saya ini sebenarnya bukan kaki pemandangan. Saya kaki shopping. Tapi pengalaman di Nice, Cannes dan Monte Carlo memang membuatkan saya teruja.
| Quote: |
[size=12]
Seminggu selepas pulang berbulan madu, Erra turut dikejutkan dengan majlis hari jadi berkonsepkan sarapan pagi yang diadakan oleh teman rapatnya. Dan yang pasti, Erra menerima hadiah paling istimewa berupa sebuah beg pinggang (pouch) berjenama Louis Vuitton pemberian suami tersayang.
"Dia memang teringin sangat benda tu dan hendak beli sendiri. Tapi saya tak bagi dia beli kerana saya sendiri ingin membelikannya ia sebagai hadiah hari jadi," kata Emran yang sedari tadi asyik memerhatikan isterinya ditemubual media. |
| Quote: | | Ditanya apakah hadiah yang diberi Erra untuk dirinya, Emran enggan menjawabnya kerana sudah berjanji untuk tidak mendedahkannya. Namun kalah dengan pujukan wartawan, dia hanya memuncungkan mulutnya ke arah meja di mana hadiah itu diletakkan - sebuah telefon bimbit berjenama Nokia E90. |
“Malah ini juga menjadi antara bulan madu penuh mencabar kerana di Nice kami menyewa kereta dan pusing-pusing kota. Kami juga berkereta ke Cannes dan Monte Carlo.
“Yang seronoknya, kami main redah sahaja. Pusing sana, masuk sini, terlajak sampai kami panggil teksi untuk membantu menunjukkan jalan pergi ke bandar-bandar itu.
“Tapi itu menjadi antara pengalaman paling menyeronokkan buat kami berdua,” kata Erra sambil memberitahu bahawa Emran yang mengatur dan merencanakan percutian bulan madu mereka itu.
“Saya ikut sahaja,” kata Erra yang mengunjungi destinasi tarikan dunia itu pada 20 Januari hingga 2 Februari lalu.
CERIA: ERRA mengabadikan kenangan di depan Menara Eiffle. Gambar kanan pula, Erra bersama Emran bergaya sakan dengan beg pinggang Louis Vuitton.
Semasa di Paris, kata Erra, selain mengunjungi tempat menarik serta butik ternama, dia memperoleh satu pengalaman baru apabila berkesempatan menghadiri pelancaran sebuah pertunjukan fesyen daripada jenama Zelucci by Maurizio Galante.
Zelucci merupakan sebuah jenama yang diasaskan dan dimiliki oleh orang Malaysia dengan rekaan pakaian dan beg tangan daripada pereka Itali, Galante. Telah mengenali jenama itu sejak beberapa tahun lalu, Erra bertuah kerana turut berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan Galante.
“Ini julung kalinya saya menghadiri pertunjukan fesyen di kota fesyen ini. Sebenarnya saya menerima jemputan untuk menghadiri pelancaran koleksi terkini beg tangan dan himpunan couture Zelucci oleh Maurizio Galante.
“Malah pihaknya akan mengirimkan beg tangan koleksi terbarunya kepada saya untuk dipakai sebagai mewakili artis Malaysia,” cerita Erra lagi.
Selain menyaksikan pertunjukan fesyen, Erra dan Emran juga tidak melepaskan peluang menghadiri pameran fesyen di ibu kota Perancis itu yang diadakan dua kali setahun.
Berkesempatan bertemu dengan beberapa pereka daripada beberapa jenama terkenal dunia di kota fesyen itu juga telah membuatkan Erra berminat untuk berkecimpung dalam bidang ini sementelah dia sendiri amat menggemari dunia fesyen.
Mengunjungi tempat menarik antaranya menara terkenal Eiffel Tower, kata Erra, dia dan Emran juga tidak melepaskan peluang mengunjungi hampir setiap butik terkemuka dunia yang ada di kota Paris.
Malah pasangan yang terkenal dengan hobi lasak menunggang motosikal berkuasa tinggi itu juga sanggup mencari butik Harley Davidson untuk mendapatkan beberapa koleksi terkininya.
“Emran yang nak sangat ke butik itu tapi saya pula yang memborong di sana. Harganya mahal sungguh. Tapi memikirkan di Malaysia tiada butik dan koleksinya, kami tutup mata juga membeli beberapa pakaian dan aksesori.
“Tapi yang seronoknya, kalau kata saya yang kuat membeli-belah, Emran pun sebenarnya tak kalah tau. Dia tu boleh tahan juga rupa-rupanya membeli-belah.
“Cuma yang tak laratnya, gayanya lain. Kalau kita perempuan, suka sesuatu benda, terus ambil.
“Dia pula lain. Dia suka, tapi dia tak beli. Dah keluar dari butik dan berjalan-jalan tempat lain, eh! tiba-tiba dia nak yang tu juga.
“Kalau sebatu dah berjalan pun dia sanggup pusing balik untuk dapatkan barang yang dia hendak. Kalau tak, nanti dia akan teringat-ingatlah,” kata Erra menceritakan gelagat suaminya.
Seminggu selepas pulang berbulan madu, teman baiknya Umie Aida telah mengadakan satu majlis kejutan buat Erra sempena sambutan hari lahirnya pada 9 Februari lalu.
Sambutannya diadakan pada awal pagi Sabtu lalu di kediaman Erra dan beberapa teman turut menghadirinya antaranya Zahida Rafik, Vanidah Imran, Deeja Moss, Habsah Hassan dan Rubiah Suparman.
“Ia kejutan paling menyeronokkan bagi saya. Tak pernah dibuat orang kejutan hari lahir pagi-pagi hari,” katanya.
Hadiah daripada suami? Walaupun tidak mahu memberitahu tentang hadiah yang diterimanya, namun kata Erra, ia dibeli sewaktu di Paris.
“Dan dia terpaksa bagi in-advance kerana saya dah tahu dia beli hadiah untuk saya. Bila dah tahu, tentulah saya tak sabar nak tahu apa hadiahnya kan. Nak tak nak terpaksalah bagi,” katanya sambil ketawa.[/size] |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Feb-2008 04:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anggunnya Dato' Siti Nurhaliza
|
|
|
|
|
|
|